SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membuka kaunter aduan masalah capaian internet di Bangunan Utama Parlimen bermula Isnin.
Beliau berkata, langkah itu bagi memudahkan semua ahli Parlimen melaporkan masalah internet yang dihadapi di kawasan masing-masing.