Imran Khan didakwa dedah rahsia 'diplomatik'

Iklan
Imran Khan - Foto fail Reuters

ISLAMABAD - Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mendakwa bekas Perdana Menteri, Imran Khan kerana membocorkan kandungan sulit diplomatik menjelang pilihan raya umum, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Perkara itu disahkan oleh parti Khan, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).

Iklan
Iklan

Hakim Mohamed Zulqarnain berkata, Khan dan bekas Menteri Luar mesti dibicarakan kerana mendedahkan rahsia negara semasa perhimpunan awam.

Tribunal khas itu akan merekodkan keterangan saksi-saksi pada hujung minggu ini, umum mahkamah selepas pendengaran pra-perbicaraan di dalam sel penjara Khan.

Iklan

Kedua-dua ahli politik itu mengaku tidak bersalah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun dan hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya umum.

Iklan

Pilihan raya umum Pakistan dijangka diadakan pada awal tahun depan.

Sementara itu, PTI dalam satu kenyataan berkata, peguam mereka akan memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan memulakan perbicaraan.

Bekas bintang sukan berusia 70 tahun itu berdepan beberapa tuduhan sejak penyingkirannya sebagai Perdana Menteri pada tahun lepas. - Bernama/dpa