Banjir di empat daerah di Kedah makin pulih

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

SIK - Banjir yang melanda empat daerah di Kedah semalam, semakin pulih dengan hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif setakat petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel (Pertahanan Awam) Zairil Anuar Zulmuji berkata, empat daerah terbabit ialah Bandar Baharu, Padang Terap, Pokok Sena dan Sik.

Iklan
Iklan

"Hanya terdapat dua PPS masih aktif iaitu di daerah pokok Sena setakat pukul 4 petang tadi iaitu Surau Kampung Batu 20 dan Masjid Nurul Iman yang menempatkan 51 orang daripada 14 keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya di daerah Sik, semua PPS telah ditutup sehingga petang ini dan mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing.

Iklan
Iklan

PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chepir, Surau Kampung Belimbing dan Balai Islam Tanjung Belit. - Bernama