Pejalan kaki maut dilanggar lori tangki

Iklan
Pejalan kaki wanita maut dilanggar lori ketika melintas. - Foto PDRM

KUALA PILAH - Seorang pejalan kaki maut dilanggar sebuah lori tangki ketika melintas jalan di Jalan Dato' Undang Johol berhampiran lampu isyarat Masjid Jamek Pekan Kuala Pilah pada Isnin.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian pada jam 1.15 tengah hari itu membabitkan pejalan kaki wanita berusia 48 tahun dengan lori berkenaan dari arah Seremban menghala ke Bahau.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori tersebut mula bergerak setelah lampu isyarat di hadapan berwarna hijau.

"Wanita berkenaan tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan iaitu di hadapan laluan lori menyebabkan kenderaan itu tidak dapat mengelak, lalu melanggarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ujarnya, akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Pilah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.