PASIR GUDANG - Seorang pemandu rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di hadapan sebuah kilang dalam Kawasan Perindustrian Pasir Gudang di sini pada Isnin.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.13 pagi.
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kejadian melibatkan kebakaran sebuah kereta jenis Nissan Almera yang telah terbabas melanggar pokok di tepi jalan lalu terbakar.
Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan 'rescue tool' sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, operasi tamat pada jam 11.51 pagi.