Kereta api bertembung, sekurang-kurangnya 15 terbunuh

Iklan
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas dua kereta api bertembung di daerah Kishoreganj Bangladesh pada Isnin. - Foto AP

DHAKA - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh selepas dua kereta api bertembung di daerah Kishoreganj Bangladesh, pada Isnin, lapor Xinhua.

Superintendan Polis daerah itu, Md Mostak Sarker berkata nahas berlaku apabila kereta api kontena yang menuju ke bandar pelabuhan Chattogram bertembung dengan Ekspres Egarosindhur ke Dhaka pada kira-kira 3.30 petang waktu tempatan.

Iklan
Iklan

"Lima belas mayat ditemukan setakat ini manakala kira-kira 100 penumpang lagi cedera.

"Angka kematian dijangkakan meningkat,” katanya.

Iklan

Beratus-ratus sukarelawan dan penduduk tempatan turut membantu anggota bomba untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap. - Bernama/Xinhua

Iklan