Kedudukan Ahmad Said sebagai calon masih jadi tanda tanya
Iklan
SHAH ALAM - Biarpun mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kini menyandang jawatan selaku pengarah jentera, namun, tidak mustahil beliau akan diangkat menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember depan.
Penganalisis politik dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, Ahmad mungkin menghantar namanya sendiri kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon dalam PRK Kemaman kerana beliau perlu menjadi ahli Parlimen supaya dapat terus kekal relevan dalam arus politik.