KEJAYAAN skuad ragbi PDRM menjulang trofi Piala Agong yang kali terakhir diraih pada 1991, selepas menewaskan penyandang juara Putrajaya, disifatkan merealisasikan sasaran The Cops dalam kejuaraan tersebut.
Malah, pengendali PDRM, Samuel Rupert Firth Jackson yang menamatkan penantian 32 tahun The Cops menjulang trofi itu menegaskan matlamat utama pasukan adalah memenangi kejuaraan tahun ini selepas mengakhiri kempen tempat ketiga edisi sebelum ini.
"Kami memulakan permainan dengan baik dan berasa selesa pada separuh masa pertama.
"Mereka kembali mengasak kami dengan hebat, namun para pemain berjaya menyerap dengan baik bagi mengekalkan pendahuluan," katanya.
PDRM sebelum ini merangkul kejuaraan edisi 2023 selepas menewaskan Putrajaya, 29-22 dalam perlawanan akhir di Stadium Ragbi Perak, Ipoh.
Mengenai persediaan awal bagi mempertahankan kejuaraan musim depan
Samuel Rupert berkata," Mereka perlu meningkatkan kecergasan dan kedalaman skuad pasukan sebagai persediaan untuk mempertahankan kejuaraan tahun depan.
"Saya juga berharap para pemain semasa membuat komitmen untuk kekal bersama pasukan."