Impak perang terhadap nilai ringgit
Iklan
SHAH ALAM - Konflik antara Hamas dan rejim Zionis di Gaza, tidak memberi impak secara langsung kepada mata wang negara selagi Amerika Syarikat (AS) tidak campur tangan secara aktif.
Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ia membabitkan kerahan tentera AS untuk terlibat sama dalam peperangan tersebut.