Iran dakwa Israel lakukan jenayah perang di Gaza

Iklan
Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera akibat serangan udara tentera Zionis Israel menunggu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Shifa, Gaza. - Foto AP

TEHRAN - Kementerian Luar Iran menuduh Israel melakukan jenayah perang di Gaza.

Menurut menterinya, Hossein Amirabdollahian, apa yang berlaku di wilayah itu adalah bukti jelas Israel melakukan jenayah perang terhadap kemanusiaan.

Iklan
Iklan

Kenyataan ini dibuat ketika pertemuannya dengan rakan sejawat dari Rusia, Turki, Azerbaijan dan Armenia.

Hossein turut mendesak komuniti antarabangsa menghantar mesej jelas supaya Israel menamatkan serangan dan kepungan ke atas Gaza.

Iklan

"Adalah penting untuk komuniti dunia menghantar mesej jelas kepada rejim Israel yang berpura-pura ini, supaya menamatkan segera jenayah perang ke atas penduduk awam, khususnya wanita dan kanak-kanak, menamatkan kepungan dan membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza.

"Mesej ini juga sewajarnya menentang pengusiran secara paksa penduduk Gaza," katanya.

Iklan

Desakan ini dibuat ketika Israel terus meningkatkan serangan udara ke atas Gaza.

Amerika Syarikat dalam pada itu meminta Israel menangguhkan pencerobohan menerusi darat untuk memberi ruang rundingan bagi pembebasan tahanan oleh pejuang Hamas. - Awani