10,955 individu terlibat kes dadah ditahan sejak Januari lalu

Iklan
Allaudeen

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menahan seramai 10,955 individu yang disyaki terlibat dalam kes jenayah narkotik sejak Januari hingga September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu seramai 10,614 orang.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh sama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM60 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM122 juta," katanya dalam ucapan pada perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.

"Ia merupakan kejayaan yang membanggakan Polis Kuala Lumpur," katanya.

Iklan

Dalam perkembangan berasingan, Allaudeen berkata Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Kuala Lumpur telah menerima klien yang terdiri daripada warga polis hadir untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung isu yang dihadapi antaranya kerjaya, isu keluarga, kesihatan, peribadi, psikologi, tata kelakuan, kewangan, dan penempatan.

"Sejumlah 1,001 sesi kaunseling telah diberikan melibatkan sebanyak 704 warga polis bagi tempoh Januari hingga September lalu, kita perlu mengelakkan diri dari mengstigmakan mereka yang mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling," katanya.

Iklan