SHAH ALAM - Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai hidangan dan rasa. Bila sebut menu masakan Malaysia, pasti teringat kari ayam dan sambal tumis yang pedas.
Namun dalam dunia moden yang semakin sibuk, ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi muda menghadapi cabaran untuk memasak hidangan tradisional ini.
Untuk mengatasi masalah ini, Ayam Brand iaitu jenama yang terkenal di Malaysia telah memperkenalkan rangkaian pes yang mudah digunakan.
Pes ini membawa rasa aroma Malaysia ke dalam dapur anda menjadikan lebih mudah untuk menikmati rasa autentik yang membawa kenangan masa kecil.
Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Teoh Wei Ling, berkata, penduduk Malaysia memang gemar dengan makanan tradisional tetapi ramai di kalangan anak muda tidak tahu bagaimana hendak menyediakan hidangan warisan ini.
"Kami terus membangunkan produk yang semakin mudah digunakan supaya semua orang dapat menikmati rasa asal seperti di rumah.
"Kami memperkenalkan produk ini dalam jenama Ayam Brand untuk menjadikan proses memasak lebih mudah dan menyediakan resepi yang lazat untuk dinikmati bersama keluarga,"katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Menurutnya, cara memasak yang mudah ialah anda hanya perlu mendapatkan Pes Ayam Brand™ sama ada Pes Kari Ayam, Pes Sambal Tumis, Pes Asam Pedas mahupun Pes Rendang Ayam Brand™.
"Pes-pes ini dijamin menyediakan keaslian rasa hidangan, di samping memenuhi selera ramai. Rahsianya? Anda hanya perlu mematuhi arahan pada pek dan sentiasa memantaunya di dapur.
"Paling menarik, sajian ini boleh disiapkan dalam tempoh kira-kira 30 minit! Anda juga tidak perlu risau kerana Pes Ayam Brand™ juga bebas daripada bahan pengawet, MSG dan aditif, selain mempunyai pengiktirafan HALAL oleh JAKIM. Setiap pek boleh didapati dengan hanya RM5 sahaja,”katanya.
Wei Ling berkata, bermula 1 September hingga 31 Oktober ini, orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bersempena penganjuran kempen Bonanza Beli & Menang Ayam Brand™ yang menawarkan ganjaran berjumlah RM100,000.
"Hadiah-hadiah ini termasuk 5 hadiah utama berupa jongkong emas seberat 20g, 7 hadiah tempat kedua (10g jongkong emas) dan 9 hadiah tempat ketiga (5g jongkong emas). Selain itu, 40 hadiah saguhati berupa kredit T&G bernilai RM500 dan 180 hadiah mingguan (RM100 kredit T&G) juga disediakan kepada pelanggan bertuah.
"Anda hanya perlu membelanjakan jumlah minimum RM20 bagi produk Ayam Brand™ dan atau yumeat™ dalam satu resit di kedai-kedai di Semenanjung Malaysia yang mengambil bahagian,”katanya.
Layari laman www.ayambrand.com.my/peraduanbonanza untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Resepi kari ayam
Kari ayam adalah satu hidangan yang amat digemari rakyat Malaysia. Masak kari ayam anda tersendiri dengan menggunakan Ayam Brand™ Pes Kari Ayam yang menampilkan gabungan sempurna bawang merah, cili, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, kunyit, lengkuas, serai serta rempah-ratus yang lain.
Panaskan periuk pada api sederhana. Tambahkan satu pek Pes Kari Ayam dan 600g ayam. Masak selama 2 hingga 3 minit. Masukkan dua biji ubi kentang yang telah dibuang kulit dan dipotong dadu bersama 120ml air. Gaul sekata sebelum periuk ditutup dan biarkan mendidih. Perlahankan api, buka periuk dan biarkan ia mendidih selama 30 minit lagi. Pastikan anda mengacau kuah sekali-sekala atau sehingga ayam dan ubi empuk dan masak. Tuangkan Santan Ayam Brand™ dan biarkan kuah kari mendidih sekali lagi. Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi panas. Ia juga enak dimakan bersama roti ataupun mi goreng.
Tempoh penyediaan: 10 minit, masa memasak: 30 minit, saiz hidangan: 5-6 orang.
Resepi asam pedas ikan
Sekiranya anda inginkan hidangan yang pedas tetapi mempunyai rasa masam, gunakanlah Pes Asam Pedas Ayam Brand™. Ia pasti memuaskan citarasa anda dengan campuran asam jawa, bawang, cili kering, bunga kantan, bawang putih, pes udang dan halia.
Panaskan satu sudu besar minyak sayuran, tambah Pes Asam Pedas Ayam Brand™ dan tumis sehingga naik bau. Tuangkan 300ml air, kacau sempurna dan masak hingga kuah mendidih. Kemudian, masukkan 500g ikan, kacang bendi dan segenggam daun laksa ke dalam periuk. Perlahankan api dan biarkan mendidih selama 2 minit sebelum api ditutup. Ia sedap dimakan bersama nasi panas.
Tempoh penyediaan: 10 minit, masa memasak: 15 minit, saiz hidangan: 5-6 orang.
Resepi sambal tumis udang
Sambal goreng, atau lebih dikenali masyarakat tempatan sebagai Sambal Tumis, datang dalam pelbagai variasi dan merupakan satu hidangan utama di kebanyakan isi rumah di Malaysia.
Tambahkan hidangan versatil ini dalam senarai menu tetap anda menerusi Pes Sambal Tumis Ayam Brand™ yang kaya dengan bawang, cili, pes udang, buah keras, udang kering dan daun kari.
Panaskan dua sudu besar minyak dalam kuali pada api sederhana. Masukkan hirisan bawang dan tumis selama 2 minit. Tambah satu pek Pes Sambal Tumis Ayam Brand™, gaul sekata dan biarkan sehingga ia pecah minyak. Tambah 500g udang dan gaul sehingga masak. Hidangkan bersama nasi panas.
Tempoh penyediaan:10 minit, masa memasak: 10 minit, saiz hidangan: 5-6 orang.