Ifan umum filem Kemarin ditayang tahun hadapan

Iklan
Paparan Instagram Ifan Seventeen.

VOKALIS kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan mengumumkan filem dokumentari bertajuk Kemarin bakal ditayangkan pada tahun 2020.

Ifan membuat kenyataan itu di Instagram miliknya sempena genap setahun peristiwa yang menyayat hatinya setelah isteri dan ahli kumpulannya terkorban dalam bencana tsunami melanda Palu, Sulawesi 22 Disember tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Pada hari ini 22 Disember 2019 (semalam) tepat setahun peristiwa tsunami Tanjung Lesung, teaser kedua filem 'Kemarin' dipersembahkan.

"Mengikut perancangan filem Kemarin akan segera ditayangkan pada 2020 dan ketika ini, pelbagai pertimbangan sedang dilakukan bersama satu pasukan hebat bagi menghasilkan filem terbaik," tulisnya.

Iklan

Dalam pada itu, Ifan juga memuat naik klip video ketika mereka membuat persembahan di atas pentas sebelum tsunami meranap pentas itu sekelip mata hingga meragut nyawa isterinya, Dylan Sahara dan anggota Seventeen yang lain.

Mereka yang terkorban ialah pemain bass, Muhammad Awal Purbani; pengurus kumpulan, Oki Wijaya; pemain gitar, Herman Sikumbang; anggota kru, Rukmana Rustam dan pemain dram, Wisnu Andi Darmawan.

Iklan

Klip itu juga memaparkan suka, duka, memori ahli Seventeen dan isterinya semasa hayat mereka.

Lebih terkesan, pemergian Dylan sehari sebelum wanita itu menyambut ulang tahun kelahirannya.

Ekoran peristiwa itu, lagu Kemarin hasil ciptaan pemain gitar, Allahyarham Herman tular kembali kerana peminat menyifatkan lagu itu mengisahkan kehilangan kekasih buat selama-lamanya yang dirakam beberapa tahun lalu dan saling tidak tumpah dengan realiti hidup Ifan.

Sehingga kini, video itu mencecah 369,328 tontonan daripada peminatnya yang rata-rata tidak sabar mahu menonton filem tersebut.