Puluhan terkorban Israel bom kem pelarian al-Shati di Gaza

Iklan
Laporan awal menunjukkan puluhan penduduk terbunuh dan cedera dalam serangan itu, meskipun jumlah sebenar mangsa tidak dapat ditentukan dengan segera. - Foto Reuters

GAZA - Sebuah klip video disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di platform media sosial X memaparkan satu lagi serangan udara Israel ke atas kem pelarian al-Shati di Gaza malam tadi.

Dalam video itu, beberapa anggota pertahanan awam, paramedik dan orang awam dilihat berusaha menyelamatkan mangsa yang cedera parah dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Iklan
Iklan

Orang ramai dilihat menggunakan tangan kosong untuk mengalihkan timbunan konkrit.

Laporan awal menunjukkan puluhan penduduk terbunuh dan cedera dalam serangan itu, meskipun jumlah sebenar mangsa tidak dapat ditentukan dengan segera.

Iklan

Di tengah operasi menyelamat, video itu turut merakamkan satu lagi serangan udara Israel di kawasan berhampiran menyebabkan orang ramai panik.

Dalam pada itu, kebimbangan perang Israel-Palestin mungkin berkembang menjadi konflik Asia Barat semakin meningkat semalam apabila pejuang Hezbollah menyertai Hamas untuk menentang Israel.

Iklan

Pada masa sama, Washington memberi amaran mengenai risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu apabila sekutunya, Israel terus menggempur Gaza dan kini turut membabitkan sempadan Lubnan. - Awani