Pesara rugi lebih RM127,000 kena 'phone scam'

Iklan
Foto hiasan123RF

IPOH - Seorang pesara kerajaan menanggung kerugian lebih RM127,000 selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 61 tahun dari Kampung Sungai Tapah Tambahan dekat sini menerima panggilan telefon dari nombor tidak dikenali pada September lepas yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier.

Iklan
Iklan

Menurutnya, individu berkenaan memaklumkan mangsa mempunyai satu bungkusan yang bermasalah menyebabkan panggilan itu disambungkan kepada polis kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Mangsa telah berurusan dengan dua individu yang menyamar sebagai inspektor dan sarjan.

Iklan

"Dalam kes ini, mangsa diperdaya oleh suspek-suspek itu untuk mengemukakan gambar muka hadapan kad bank miliknya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Yusri berkata, wanita berkenaan hanya menyedari tentang penipuan tersebut setelah anak perempuannya memeriksa telefon bimbit yang digunakan.

Iklan

Katanya, siasatan mendapati, berlaku tiga transaksi dengan jumlah keseluruhan RM127,560 dilakukan ke tiga akaun bank milik individu berlainan pada 9 dan 10 Oktober lalu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai diingatkan berwaspada terhadap sebarang panggilan telefon yang mencurigakan," katanya.