Pantai Timur dijangka alami banjir fasa pertama bulan depan

Iklan
Abdul Wahab (dua dari kiri) menerima sumbangan jaket keselamatan yang disumbangkan Yayasan Raja Shamri semasa Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan MTL pada Selasa.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjangkakan negeri-negeri di Pantai Timur akan mengalami banjir fasa pertama November ini berdasarkan ramalan cuaca.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, berpandukan kepada situasi itu pihaknya akan memberikan fokus kepada Pantai Timur bagi berdepan sebarang kemungkinan.

Iklan
Iklan

"Kami telah mengenal pasti 5,648 lokasi hot spot banjir yang ada di seluruh negara.

Sebelum itu, beliau merasmikan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan di Tunjong dekat sini yang turut dihadiri Pengarahnya, Zainal Madasin.

Iklan

Menurut Abdul Wahab, JBPM telah merangka satu pendekatan mewujudkan pangkalan hadapan secara kukuh untuk Pantai Timur dengan menempatkan lebih awal aset-aset di Akademi JBPM Wakaf Tapai, Terengganu.

Abdul Wahab (tiga dari kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan MTL di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan di Tunjong, Kota Bharu yang turut dihadiri oleh Pengarahnya, Zainal (dua dari kiri).

Ujarnya, dengan penempatan aset serta keanggotaan secara berpusat lebih awal termasuk pesawat udara akan memberi satu tindakan cepat bagi memastikan bantuan kepada negeri-negeri terlibat banjir ini dapat digerakkan dengan segera dan jarak lebih dekat.

Iklan

Beliau berkata, selain itu JBPM juga mewujudkan 13 pasukan gerak cepat yang mempunyai keanggotaan seramai 15 pegawai serta anggota bagi setiap pasukan.

Tambahnya, kesemua mereka ini mempunyai pelbagai kepakaran terdiri daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), kemahiran pengendalian bot dan bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

"Mereka ini diberikan kenderaan khas berserta dengan aset-aset yang bersesuaian dengan operasi menyelamat mangsa banjir.

"Setiap negeri ada satu pasukan yang sentiasa bersiap sedia untuk membantu mana-mana kawasan terlibat banjir. Itu antara langkah-langkah yang kita ambil untuk menghadapi banjir nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Wahab berkata, pada masa sama JPBM turut menjalinkan kerjasama dengan jabatan lain termasuk Pasukan Bomba Thailand bagi memastikan kelancaran penugasan sepanjang operasi.

Katanya, kerjasama erat itu penting demi untuk perkongsian maklumat awal kerana di Rantau Panjang di Kelantan merupakan kawasan yang selalu banjir.

Ujarnya, walaupun cuaca terang di Kelantan tetapi hujan di sebelah Weng, Thailand boleh menyebabkan peningkatan air di Sungai Golok.