Generator di hospital Gaza mungkin tidak berfungsi kurang 48 jam

Iklan
Sistem penjagaan kesihatan di Gaza telah mencapai tahap terburuk dalam sejarah. - Foto AP

GAZA - Kementerian Kesihatan di Gaza pada Selasa memberi amaran bahawa generator di hospital akan berhenti berfungsi dalam tempoh 48 jam akibat kekurangan bahan api, lapor Agensi Anadolu.

"Kita mempunyai tempoh kurang 48 jam sebelum semua generator di hospital kehabisan bahan api," kata jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qudra dalam kenyataan ringkas di Telegram.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza sangat perlahan dan ini tidak dapat mengubah keadaan, manakala sistem penjagaan kesihatan telah mencapai tahap terburuk dalam sejarah.

Pada Isnin kementerian itu dilaporkan berkata sebanyak 32 pusat kesihatan tidak lagi beroperasi disebabkan kekurangan bahan api selain menjadi sasaran pesawat perang Israel.

Iklan

Kementerian turut menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah segera menyalurkan bekalan darah dan bahan api bagi membantu sektor kesihatan di Gaza. - Bernama


Iklan

Puluhan terkorban Israel bom kem pelarian al-Shati di Gaza

GAZA - Sebuah klip video disiarkan oleh Al Jazeera Arabic di platform media sosial X memaparkan satu lagi serangan udara Israel ke atas kem pelarian al-Shati di Gaza malam tadi.

Dalam video itu, beberapa anggota pertahanan awam, paramedik dan orang awam dilihat berusaha menyelamatkan mangsa yang cedera parah dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Orang ramai dilihat menggunakan tangan kosong untuk mengalihkan timbunan konkrit.

Laporan awal menunjukkan puluhan penduduk terbunuh dan cedera dalam serangan itu, meskipun jumlah sebenar mangsa tidak dapat ditentukan dengan segera.

Di tengah operasi menyelamat, video itu turut merakamkan satu lagi serangan udara Israel di kawasan berhampiran menyebabkan orang ramai panik.

Dalam pada itu, kebimbangan perang Israel-Palestin mungkin berkembang menjadi konflik Asia Barat semakin meningkat semalam apabila pejuang Hezbollah menyertai Hamas untuk menentang Israel.

Pada masa sama, Washington memberi amaran mengenai risiko besar kepada kepentingan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu apabila sekutunya, Israel terus menggempur Gaza dan kini turut membabitkan sempadan Lubnan. - Awani