Bawa senjata api, Senator ditahan di Hong Kong

Iklan
Gambar hiasan - Foto Agensi

SEATTLE - Senator Jeff Wilson dari Washington Amerika Syarikat (AS) ditahan di Hong Kong pada Jumaat kerana memiliki senjata api yang tidak dilesenkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wilson tidak dapat dihubungi ketika diminta mengulas kes itu.

Iklan
Iklan

Beliau menerusi satu kenyataan berkata, kejadian itu satu kesilapan yang tidak disengajakan dan akan segera diselesaikan.

Jurucakap pemimpin itu, Erik Smith berkata, Wilson ketika kejadian sedang memulakan percutian selama lima minggu ke Asia Tenggara dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland.

Iklan

Smith berkata, Wilson secara tidak sengaja memasukkan sepucuk revolver ke dalam beg bimbitnya.

Senjata itu tidak dikesan oleh pihak keselamatan di lapangan terbang dan Wilson hanya menyedarinya ketika sudah berada di dalam pesawat.

Iklan

Sebaik mendarat di Hong Kong, Wilson memaklumkan pihak berkuasa kastam mengenai pistol itu dan beliau kemudiannya ditahan.

Senator itu dipenjarakan dan kemudian dibebaskan selepas membayar ikat jamin.

Smith berkata, Wilson telah menyerahkan pasport dan senjata api itu dan perbicaraan kes itu dijadualkan pada 30 Oktober. - Bernama