KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Program ‘Celebrating Our Heart Heroes’ yang merupakan sebahagian daripada program kebajikan ‘A Heart for A Heart’ sempena sambutan Hari Jantung Sedunia telah diadakan di Zoo Negara di sini baru-baru ini.
Program tersebut dianjurkan oleh Hospital Gleneagles Kuala Lumpur bertujuan untuk menyatukan penerima manfaat dan badan kebajikan yang memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan rawatan jantung.
Program Kebajikan ‘A Heart for A Heart’ tersebut adalah inisiatif yang bertujuan untuk menguruskan rawatan jantung para penerima manfaat.
Mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan badan kebajikan seperti Media Prima yang telah bekerjasama dengan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur selama lebih 25 tahun dan turut menyumbang kepada rawatan jantung mereka.
Ketua Pengarah Perubatan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Sundar Raj berkata, penerima manfaat yang hadir mempunyai semangat dan kekuatan mental yang luar biasa dalam menghadapi cabaran hidup mereka.
Beliau juga menekankan mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung setiap individu dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
"Hospital Gleneagles Kuala Lumpur komited terus menyokong pesakit jantung kongenital dengan membantu memberikan rawatan yang berkualiti kepada para pesakit.
"Pihak hospital juga akan terus bekerjasama dengan badan-badan kebajikan untuk Program Kebajikan ‘A Heart for A Heart’ dan berharap dapat terus menyokong penerima manfaat dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka,” katanya.
Sukarelawan yang terdiri daripada tenaga kerja Hospital Gleneagles Kuala Lumpur telah membantu menjayakan program itu dan usaha mereka adalah kunci kejayaan Program Kebajikan ‘A Heart for A Heart.’
Sementara itu, Hospital Gleneagles Pulau Pinang juga menganjurkan kempen ‘ Hari Kesedaran Jantung ’ di Gurney Paragon baru-baru ini sempena dengan Hari Jantung Sedunia 2023.
Kempen itu dianjurkan bertujuan untuk meningkatkann kesedaran kepada kesedaran penyakit jantung dan risikonya berpotensi memangkin penyebaran ilmu pengetahuan kesihatan supaya masyarakat dapat memantau kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung.