KUALA LUMPUR - Media tempatan digesa memainkan peranan bagi membetulkan maklumat yang tidak benar berhubung konflik Palestin dan Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, kebanyakan laporan media Barat ketika ini dilihat menimbulkan salah faham, kekeliruan dan berat sebelah mengenai Gaza kepada dunia.
Iklan
Iklan
"Peranan media di Malaysia atau luar dalam menyalurkan maklumat perlu adil, tepat dan berdasarkan fakta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas berucap di Wacana Pengamal Media: Solidariti Palestin di Studio TV Alhijrah, di sini pada Selasa.
Tambah Mohd Na'im, media juga perlu menekankan peranan dan kewajipan mereka untuk menegakkan kebenaran.
"Kita nak selamatkan nyawa rakyat Palestin. Jadi, saya nampak media boleh membetulkan apa yang tidak benar," ujarnya.
Artikel Berkaitan