China gesa Trump tutup mulut

Iklan
China terus menempelak sikap Amerika Syarikat (AS) yang sering dilihat mencampuri urusan negara ini. FOTO: AFP

BEIJING - China terus menempelak sikap Amerika Syarikat (AS) yang sering dilihat mencampuri urusan negara ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Kementerian Luar Negeri China, Geng Shuang berkata, Presiden AS, Donald Trump sudah dikenali dengan sikap yang bercakap tanpa fakta.

Iklan
Iklan

"Kita gesa AS berhenti cakap pasal China. Beliau tidak tahu apa yang berlaku.

"Di sini tidak berlaku seperti yang dikatakan. Rakyat China masih harmoni dan bersatu dalam semua perkara," ujarnya.

Iklan

Pada masa sama, Geng Shuang berkata, dengan keadaan ekonomi negara ini yang semakin baik serta mendapat kerjasama baik daripada banyak negara memungkinkan ada pihak yang tidak berpuas hati.

"China mengamalkan kebebasan dalam negara ini. Beliau (Trump) tidak tinggal di sini dan tidak tahu kebenaran sebenarnya," katanya.

Iklan

Trump sebelum ini sering membuat kenyataan terhadap China dilihat sudah tidak membuat sebarang kenyataan selepas 13 Disember lalu.

Trump kali terakhir dipetik berkata, perang dagang antara AS dan China akan berakhir tidak lama lagi selepas kedua-dua negara itu mencapai kata sepakat.

Biarpun tarif import dagangan tidak dikurangkan daripada kadar 25 peratus namun tarif penalti yang dijadual berlaku pada 15 Disember lalu dihentikan selepas kata sepakat.

Menurut laporan Reuters juga, China bersetuju untuk menambah hasil pertanian dari AS sebanyak $32 juta dalam tempoh dua tahun ini.