Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf dilantik Profesor Adjung UPNM

Iklan
Muhammad Nasir dilantik sebagai Profesor Adjung, UPNM berkuat kuasa 16 Oktober 2023 hingga 15 Oktober 2025.

SHAH ALAM - Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dilantik sebagai Profesor Adjung, Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM).

Pelantikan berkenaan secara rasmi berkuat kuasa bermula 16 Oktober 2023 hingga 15 Oktober 2025.

Iklan
Iklan

Muhammad Nasir ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pelantikan itu merupakan penghormatan besar bukan setakat kepada dirinya bahkan kepada Kumpulan Karangkraf yang diterajuinya selepas empat dekad.

"Satu pengiktirafan juga kepada seluruh warga kerja Kumpulan Karangkraf dan Sinar Harian anak syarikat yang bernaung di bawahnya,” katanya pada Selasa.

Iklan

Muhammad Nasir yang juga bekas Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf berkata, pelantikan itu juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan kerjasama antara UPNM dan Kumpulan Karangkraf.

"Sebelum ini juga saya pernah dijemput untuk menyampaikan ceramah antaranya kepada mahasiswa sempena Karnival Minggu Keusahawanan di UPNM serta beberapa program lain berkenaan integriti, sahsiah dan jati diri.

Iklan

"Saya melihat ia sebagai jambatan untuk memberi pendedahan dan sumbangan kepada mahasiswa UPNM berkenaan aspek kerjaya, penulisan dan akademik menerusi bahan ilmiah serta produk terbitan Kumpulan Karangkraf,” ujarnya.