MOSCOW - Kerajaan Sri Lanka meluluskan pengecualian fi visa yang berkuat kuasa serta-merta sehingga 31 Mac bagi pelancong dari tujuh negara, lapor Sptunik memetik kenyataan Menteri Luar, Ali Sabry pada Selasa.
"Kabinet meluluskan pengecualian itu berkuat kuasa serta-merta kepada warganegara India, China, Rusia, Malaysia, Jepun, Indonesia dan Thailand, di bawah projek perintis sehingga 31 Mac," menurut Sabry di platform media sosial X.