Longkang tersumbat dipercayai punca banjir kilat

Iklan
Beberapa kawasan di sekitar Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam dinaiki air selepas hujan lebat ketika tinjauan lensa Sinar Harian pada petang Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Longkang tersumbat dipercayai menjadi punca Jalan Ikhlas 25/38 di Taman Seri Muda di sini dilanda banjir kilat sekitar jam 4 petang susulan hujan lebat pada Selasa.

Tinjauan Sinar Harian mendapati limpahan air berlaku di atas jalan sekitar jam 4 petang selepas hujan lebat melanda Seksyen 25 kira-kira jam 2 petang.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, TPgB Ahmad Nazmi Halil ketika dihubungi bagaimanapun berkata, keadaan terkawal dan tiada risiko banjir dilaporkan di kawasan itu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati limpahan air berlaku di atas jalan sekitar jam 4 petang selepas hujan lebat melanda Seksyen 25 kira-kira jam 2 petang. - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurutnya, pemantauan turut dilakukan anggotanya di beberapa kawasan lain yang berisiko dilanda banjir namun keadaan juga didapati terkawal dan dalam keadaan baik.

Iklan

"Antaranya seperti Seksyen 13, Taman Kebun Bunga, sekitar Jalan Batu 3 selain di Seksyen 25," katanya.

Terdahulu, beberapa gambar sempat dirakam Sinar Harian menunjukkan limpahan air di atas jalan di Jalan Ikhlas 25/38 sekitar jam 4 petang selepas hujan lebat melanda Seksyen 25.

Iklan