SMK Dato' Harun tepati ramalan mara suku akhir

Iklan
Pemenang Piala Sumbangsih, SMK Dato' Harun akan berdepan SMK Seksyen 9, dalam aksi suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari di padang sintetik MBSA Seksyen 28, Shah Alam pada Khamis ini.- Foto Sinar Harian

DUA pasukan pilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Harun, Tanjong Karang dan SMK Shah Alam, Shah Alam mengesahkan kemaraan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) yang berlangsung pada Khamis ini.

SMK Shah Alam yang merupakan penyandang juara mara selepas menewaskan SMK Seri Kundang, Rawang 4-0 dalam aksi pusingan kedua di padang JSA Arena, Setia Alam pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu membolehkan SMK Shah Alam berdepan SMK Seksyen 11, Shah Alam yang menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Rahah, Sungai Besar 5-2 di padang Arena 26, Shah Alam.

Pemenang Piala Sumbangsih, SMK Dato' Harun pula akan berdepan SMK Seksyen 9, Shah Alam di padang sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 28, Shah Alam selepas masing-masing mengesahkan kemaraan kelompok lapan terbaik kejuaraan kali ini.

Iklan

SMK Dato' Harun mara selepas menang tipis 1-0 ke atas SMK Bandar Rinching, Semenyih di Stadium Kuala Selangor manakala SMK Seksyen 9 pula turut melakar keputusan sama menentang SMK Dato' Abu Bakar Baginda, Bandar Baru Bangi di padang Radia Arena (A), Bukit Jelutong.

SMK Tinggi Kajang, Kajang pula akan berdepan SMK Meru, Kapar dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung di padang sintetik MBSA Seksyen 28, Shah Alam dalam pemburuan slot empat terbaik.

Iklan

SMK Tinggi Kajang mara setelah menewaskan SMK Seksyen 7, Shah Alam 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 di Lakeside Training Centre, Shah Alam manakala SMK Meru juga terpaksa meniti fasa sama selepas menyingkirkan SMK Bukit Jelutong, Shah Alam 5-4 di padang Radia Arena (A), Bukit Jelutong.

Perlawanan SMK Saujana Utama, Kuala Selangor menentang SMK Jalan Kebun, Shah Alam di padang Arena 26, Shah Alam, melengkap saingan kelompok lapan terbaik kejuaraan yang mendapat tajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad).

SMK Saujana Utama mara selepas SMK Bukit Sentosa 2, Rawang 2-0 di padang Tanamera, Sungai Buloh manakala SMK Jalan Kebun mengetepikan cabaran SMK Taman Sri Muda, Shah Alam 2-0 di padang EV Arena (B) Seksyen 13, Shah Alam.