AS main wayang, Israel jadi boneka
Iklan
AMERIKA SYARIKAT (AS) yang pada mulanya beria-ria mahu memberikan bantuan pertahanan kepada Israel didakwa mengubah ‘rancangan’ setelah konflik antara sekutu kuatnya dan Hamas semakin sengit, selain ancaman kebangkitan gerakan Hizbullah yang disokong seterunya, Iran.
Akhbar The New York Times (NYT) pada Isnin melaporkan Washington secara tiba-tiba menggesa Tel Aviv menangguhkan operasi darat berskala besar ke atas Genting Gaza seperti dicanangkan sebelum ini hingga memaksa pemindahan penduduk di bahagian utara dan tengah wilayah itu.