Pelajar cantik, kacak, anak orang kaya, kaki buli mungkin dapat undi tertinggi

Iklan
Gambar hiasan

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying pada Isnin lalu menyifatkan cadangan mengadakan pilihan raya dalaman untuk memilih pengawas sekolah sebagai langkah penting ke arah meningkatkan literasi pendidikan politik, sejajar dengan pelaksanaan Undi 18.

Merak Jalanan sambut baik cadangan tersebut. Ini kerana ia boleh mempersiap pelajar sekolah menengah untuk menyertai pilihan raya umum nanti.

Iklan
Iklan

Pelajar yang tak jadi calon pula boleh memahami proses pengundian dan kerja sistem demokrasi di negara ini.

Tapi pertimbangan golongan remaja ini kadangkala agak lucu.

Iklan

Pelajar-pelajar yang kaki buli, kuat mengugut dan ramai pengikut akan dapat undi.

Pelajar lelaki kacak dan perempuan cantik yang kelakar dan peramah, juga akan lebih mudah dapat undi.

Iklan

Begitu juga anak orang kaya yang tak kisah belanja satu sekolah.

Namun pemilihan pengawas sekolah adalah proses memilih yang terbaik daripada kalangan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Ini bermakna calon kena lulus tapisan jawatankuasa pemilihan dahulu, barulah boleh bertanding.

Ia umpama pertandingan got talents yang bukan semua orang boleh masuk.

Hakikatnya banyak sekolah kini sudah pun mempertandingkan jawatan ketua pengawas sekolah, manakala pengawas biasa dipilih oleh guru-guru.

Calon ketua pengawas itu memiliki manifesto sendiri. Tempoh kempen pula adalah selama dua minggu, sama seperti pilihan raya sebenar di negara ini.

Cuma Merak Jalanan nak ingatkan pelajar sekolah bukanlah ahli politik, jadi tak perlulah budaya politik yang berlebih-lebih seperti orang politik di luar sana.

Lagipun Merak Jalanan berpendapat pilihan raya sekolah bukanlah keutamaan peringkat nasional ketika ini. Ada banyak isu penting lain yang harus ditangani.

Ini termasuklah isu beg berat, silibus yang tidak sesuai, buli, serta guru yang sememangnya sudah banyak terbeban.