Rejim Israel kejam tidak benar bekalan bahan api masuk ke Gaza

Iklan
Orang ramai memindahkan mangsa yang cedera di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Isnin. - Foto Xinhua

TEL AVIV - Israel berpendirian tegas dan kejam untuk tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ketua jurucakap tenteranya, Daniel Hageri mendakwa, bekalan api tersebut akan disalah guna Hamas untuk bekalan infrastruktur tentera.

Hageri turut menuduh Hamas mencuri bekalan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kegunaan lain.

Iklan
Iklan

Kenyataan ini dikeluarkan ketika kesemua hospital di Gaza kehabisan bahan api untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan perubatan dan rawatan.

Situasi mendesak itu menyebabkan pekerja perubatan tidak dapat merawat dan melakukan pembedahan ke atas mangsa cedera.

Iklan

Lebih 40 buah hospital di Gaza kini lumpuh sepenuhnya akibat kehabisan bahan api, selain hancur dibedil zionis.

Israel sebelum ini hanya membenarkan 20 trak bantuan kemanusian PBB memasuki lintasan Rafah bagi bantuan kecemasan, sedangkan kuota yang diperlukan lebih daripada itu. - Awani

Iklan