GAZA - Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, ia merupakan angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.
Iklan
Iklan
Kini tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza serta angka koban rakyat Palestin yang semakin meningkat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dalam reaksinya mempersoalkan PBB, kerana kini Israel umpama berada di atas undang-undang antarabangsa dan menggesa penamatan apa yang disebutnya 'pilih kasih' dalam menangani konflik Gaza.
Beliau berkata demikian sejurus tamat mesyuarat Majlis Keselamatan PBB semalam. - Awani
Artikel Berkaitan