Penoreh getah cuba bunuh polis dijel 8 tahun

Iklan
Seorang penoreh getah dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Rabu selepas mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis menggunakan kapak, minggu lalu.

KUALA KANGSAR - Seorang penoreh getah dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Rabu selepas mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis menggunakan kapak, minggu lalu.

Hakim Rohaida Ishak menjatuhi hukuman itu terhadap Mohamad Saidi Che Omar, 31, yang mengaku bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, tertuduh turut boleh dihukum di bawah kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan tahun dari tarikh ditangkap dan denda RM3,000.

Hukuman tambahan lima bulan penjara dikenakan sekiranya gagal membayar denda.

Iklan

Mengikut pertuduhan, duda seorang anak itu didakwa cuba membunuh Reymee Abdul Rahman, 38, dengan cara melibas ke bahagian kepala dan lengan menggunakan sebilah kapak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Bersia dalam daerah Gerik sekitar jam 11.30 pagi pada 17 Oktober 2023.

Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis menggunakan kapak, minggu lalu.

Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hennie Soraya Hanafi merayu hukuman penjara paling singkat kerana perlu menyara anak yang masih bersekolah selain masih menanggung ibu bapa dan adik.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal mengambil kira perbuatan tersebut yang jika betul tindakan tertuduh mengenai mangsa, boleh menyebabkan kematian.

"Mohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai bentuk pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat bahawa jenayah sebegitu tidak boleh diterima dan tiada toleransi di negara ini," katanya.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku sewaktu anggota polis berpangkat koperal itu bersama seorang lagi rakan berpangkat lans koperal menjalankan tugas risikan Op Tapis di kebun kelapa sawit berkenaan dengan menaiki motosikal.

Semasa berselisih dengan tertuduh, anggota berkenaan telah memperkenalkan diri untuk menjalankan pemeriksaan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh bertindak menyerang anggota berkenaan dengan memegang sebilah kapak di tangan kanan dan parang di sebelah kiri.

Bagi mempertahankan diri, anggota melepaskan dua das tembakan yang mengenai lutut kanan tertuduh.

Pemeriksaan terhadap tertuduh kemudiannya menemui dadah jenis methamphetamine serta ganja di dalam poket seluar kiri tertuduh.