Lapan tuntutan KRPPM-IGAR dikemukakan di Parlimen

Iklan
Khairil Nizam

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jerantut, Ir Khairil Nizam Khirudin telah mengemukakan lapan tuntutan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans dan Anti Rasuah (IGAR) berhubung mereformasi institusi untuk diberi perhatian oleh kerajaan di Parlimen pada Khamis.

Beliau yang juga merupakan ahli jawatankuasa kumpulan berkenaan menegaskan bahawa, lapan tuntutan itu jika tidak dikemukakan di Parlimen dan tidak dilaksanakan nanti, akan menjadi ‘dosa besar’ kepada rakyat.

Iklan
Iklan

Jelasnya, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan untuk memastikan penggubalan undang-undang yang dicadangkan menepati garis masa tertentu dan laporan berkala harus dikemukakan kepada Dewan Rakyat.

"Kedudukan rasuah yang diperbaiki akan sekali gus akan memperbaiki tahap ekonomi negara, reformasi legislatif perlu diorkestra melalui penggubalan atau pun pindaan undang-undang seperti berikut.

Iklan

"Kita mohon pihak kementerian untuk segera merespons (memberi respons) dari sudut pindaan kepada lapan tuntutan ini iaitu pertama, pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010; kedua, Penggubalan Akta Perolehan; ketiga, Reformasi Parlimen; keempat, Pemisahan Kuasa Antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya; kelima, Penggubalan Akta Pendanaan Politik; keenam Perlaksanaan Penuh Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) ; ketujuh Reformasi SPRM dan kelapan, Pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Jelasnya, dalam perkara tersebut, pihaknya yang kini berada di blok pembangkang akan terus memikul amanah rakyat dengan memberikan pandangan dan analisa konstruktif yang akan dikemukakan dari semasa ke semasa dengan saksama.

Iklan

"Justeru, kita berharap agar kerajaan turut mengambil kira penglibatan pembangkang dan masyarakat sivil agar akauntabiliti kerajaan dipantau, disemak imbang dan advokasi merakyat dapat berlangsung dalam suasana demokrasi yang sihat," katanya.

Kamal Ashaari.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Krau Kamal Ashaari ketika turut membahaskan isu berkenaan berkata, pihaknya senantiasa memegang mandat rakyat untuk memastikan kerajaan berada dijalur yang benar dan kritis dengan setiap keutamaan reformasi undang-undang.

Jelasnya, semua pihak maklum bahawa sistem kehakiman adalah benteng terakhir keadilan.

"Oleh itu, kami ingin membawa kerajaan meninjau kembali pindaan kepada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang pernah dikemukakan oleh Majlis peguam dan Kumpulan Rentas Parlimen Malaysia (Integriti, Governans dan Anti Rasuah) akhir 2022 yang lalu.

"Tuntutan ini juga selaras dengan cadangan yang pernah dikemukakan oleh cadangan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang mencadangkan pelantikan lima daripada sembilan ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak lagi dilakukan oleh Perdana Menteri," katanya.

Tambahnya, selain reformasi institusi yang telah diberi komitmen oleh Perdana Menteri, pindaan tersebut juga harus diberi perhatian segera agar institusi kehakiman tidak tercemar dengan sebarang campur tangan eksekutif serta pengawasan terhadap institusi ini kekal telus dan adil.