Graduan UPSI hilang ditemui lemas tepi sungai

Iklan
Mayat mangsa ditemui orang awam di lokasi kejadian ketika anggota bomba dan penyelamat membuat pencarian.

LENGGONG - Seorang pelajar yang baru menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang disangkakan hilang ditemui lemas di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Sapi di sini pada Rabu.

Difahamkan mangsa, Saiful Azhar Mohd Azhari, 27, disedari hilang selepas motosikal miliknya ditemui ditinggalkan berhampiran Jambatan Bukit Sapi di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 8.35 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika sedang membuat pemantauan di lokasi kejadian, mayat mangsa ditemui orang awam yang berada di situ.

Iklan

"Semasa pihak bomba dan penyelamat baru memulakan pencarian, kita terima maklumat mangsa telah dijumpai oleh orang awam di tepi Sungai Perak," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian tersangkut di dahan pokok berhampiran sungai berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi berkenaan tamat jam 9.50 pagi.