CRISTIANO Ronaldo membuktikan statusnya sebagai bintang apabila menyumbatkan dua gol ketika membantu Al-Nassr kekal cemerlang dalam kancah Liga Juara-Juara Asia apabila membenam wakil Qatar, Al-Duhail 4-3 awal pagi Rabu.
Kapten Portugal itu membantu jaringan Anderson Talisca untuk meletakkan kelab Liga Pro Saudi tersebut berada di depan pada minit ke-25 dalam aksi yang berlangsung di Riyadh.
Iklan
Iklan
Sadio Mane kemudian menghasilkan gol kedua sebelum Ronaldo meledak rembatan jarak jauh pada minit ke-61 membolehkan Al-Nassr mendahului 3-0.
Ismaeel Mohammad dan Almoez Ali merapatkan jurang Al-Duhail sebelum voli Ronaldo pada minit ke-81 untuk Al-Nassr menokok jaringan keempat.
Michael Olunga kemudian meledak gol ketiga pada minit ke-85, namun belum cukup buat Al-Duhail menandingi Al-Nassr apabila terpaksa akur tewas 3-4.
Kemenangan itu memacu Al-Nassr menerajui Kumpulan E dengan tiga mata di depan kelab Iran, Persepolis yang menewaskan Istiklol dari Tajikistan 2-0 di Tehran pada Rabu.
Berdasarkan format kejohanan, hanya pemenang setiap 10 kumpulan dalam pertandingan itu layak ke pusingan 16 terakhir dan mereka akan disertai tiga naib juara terbaik dari bahagian timur dan barat.