Misi bantuan rakyat Malaysia buat Gaza dikejutkan bunyi bom

Iklan
Keadaan terkini pengagihan sumbangan bantuan oleh Nurul Ain dan suaminya. Foto Kredit: Facebook Nurul Ain.

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Malaysia yang masih berada di Gaza, Nurul Ain Haron, 37, berdepan detik cemas apabila dikejutkan dentuman bunyi bom ketika menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza.

Menurutnya, meskipun dalam situasi panik dia bersama suaminya, Mohamed Adnan Shaat, 33, tetap meneruskan usaha menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terjejas akibat perang.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah walaupun dalam keadaan yang tidak berapa mengizinkan kami masih teruskan usaha menyampaikan amanah rakyat Malaysia.

"Kepada yang nak dengar sangat bunyi bom, silakan tonton video yang saya sertakan. Alhamdulillah terus doakan keselamatan kami. Semua akan jadi lebih baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Pada 1 Oktober lalu, Nurul Ain dan Mohamed Adnan pulang ke Gaza, Palestin selepas enam tahun berkahwin.

Wanita yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur itu menyambut ulang tahun kelahirannya dengan letupan bom pada 11 Oktober lalu.

Iklan