Dua beradik hilang dari sekolah pondok

Iklan
Muhammad Qayyum Darwish (kanan) dan abangnya, Muhammad Aizat Danish yang gagal dikesan sejak Sabtu lalu sedang dijejaki ahli keluarga mereka.

GOPENG - Dua kanak-kanak lelaki yang dipercayai hilang sejak keluar daripada Pondok Al-Jaafar di sini Sabtu lalu masih belum ditemui.

Bapa saudara kanak-kanak tersebut, Widad Halimmudin Ali Azmi, 30, berkata, dua anak saudaranya itu, Muhammad Qayyum Darwish Tang, 10, dan Muhammad Aizat Danish Tang, 11, merupakan adik-beradik dan sudah berada di pondok tersebut selama dua tahun.

Iklan
Iklan

Dia berkata, menurut rakan-rakan, mereka berdua keluar bersama rakan yang lain dan kali terakhir dilihat berada di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak, di sini.

"Keluarga mereka sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kampar semalam setelah pencarian mereka menemui jalan buntu. Kami dah cari sekitar RTC tapi tak jumpa mereka.

Iklan

"Setakat ini, keluarga tak terima apa-apa panggin dan semua tengah risau keadaan mereka. Harap mereka berdua selamat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, sebelum ini kedua-dua kanak-kanak itu pernah keluar daripada pondok tersebut tetapi pulang semula ke situ sebelum ini.

Iklan

Widad Halimmudin berkata, usaha mencari masih diteruskan oleh ahli keluarga dengan menggunakan pelbagai medium termasuk menularkan kehilangan mereka melalui media sosial.

Katanya, orang ramai yang ada maklumat mengenai kedua-dua anak saudaranya diminta menghubunginya di talian 013-5216288 atau berhubung ke balai polis berhampiran.