Siklon Lola badai kepulauan Vanuatu, jejas sistem komunikasi

Iklan
Siklon Lola membadai kepulauan Pasifik Vanuatu pada Rabu.

BANGKOK - Siklon Lola yang membadai kepulauan Pasifik Vanuatu pada Rabu menjejaskan sistem komunikasi selain menyebabkan kerosakan teruk di sebahagian kawasan, menurut pegawai pada Rabu.

Perdana Menteri, Charlot Salwai memberitahu Radio New Zealand bahawa Lola turut menyebabkan gangguan komunikasi di wilayah Penama, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Iklan
Iklan

Wilayah yang didiami kira-kira 30,000 penduduk itu melaporkan kerosakan teruk pada bangunan dan kawasan pertanian.

Lola diklasifikasikan sebagai ribut Kategori 5 semasa bergerak ke arah kepulauan pada Selasa dan diturunkan kepada Kategori 3 menjelang petang Rabu.

Iklan

Bagaimanapun, angin pada kelajuan 125 kilometer sejam dan badai pada kelajuan sehingga 185 kilometer sejam, masih melanda pulau-pulau itu, menurut Jabatan Meteorologi dan Geo-Hazard Vanuatu.

Keadaan laut bergelora dan ombak kuat dijangka berlaku di semua perairan Vanuatu.

Iklan

Syarikat Air Vanuatu membatalkan semua penerbangan dan kapal dipanggil balik ke pelabuhan.

Port Vila di pulau Efate juga dalam keadaan berjaga-jaga menyaksikan bangunan kerajaan, pasar dan bank ditutup sehingga diberitahu kelak. - Bernama