Kawasan Perindustrian Jaya dibuka semula, IPU capai tahap normal

Iklan
Laluan masuk ke dalam kawasan perindustrian telah dibuka semula.

PETALING JAYA - Kawasan Perindustrian Jaya, Ara Damansara di sini yang ditutup akibat kebocoran gas ammonia sejak Selasa, telah dibuka semula selepas bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencapai tahap normal pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bacaan IPU telah menunjukkan penurunan ke tahap normal pada jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

"Kita telah membuka semula laluan masuk ke dalam kawasan perindustrian.

"Orang ramai boleh memasuki kawasan berkenaan, pemantauan secara berkala akan dijalankan oleh unit kereta peronda polis (MPV)," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Pada Rabu, media melaporkan dalam kejadian pada jam 10.30 malam Selasa, pihak polis menerima maklumat dari orang awam tentang kebocoran gas ammonia yang dikesan berpunca dari sebuah kilang memproses ais di kawasan perindustrian tersebut.

Susulan kejadian itu, pihak polis mengambil keputusan menutup keseluruhan kawasan perindustrian berkenaan seluas 400 meter persegi.

Iklan