Gunung berapi Bulusan: Filipina keluar amaran Tahap 1

Iklan
Tahap amaran satu kini dinaikkan untuk gunung berapi Bulusan. - Foto fail AP

MANILA - Filipina mengeluarkan amaran berjaga-jaga Tahap 1 selepas gunung berapi Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, di tenggara Manila merekodkan 121 gempa bumi gunung berapi sejak 14 Oktober.

Menurut kenyataan Institut Vulkanologi dan Seismologi pada Rabu, daripada jumlah itu sebanyak 37 gegaran merupakan gempa bumi tektonik.

Iklan
Iklan

Peningkatan ketara kepekatan karbon dioksida gunung berapi juga dikesan dari Jun hingga Ogos.

Institut itu memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi zon bahaya dalam radius empat kilometer kerana bimbang letusan secara tiba-tiba.

Iklan

Bulusan terletak 70 kilometer di tenggara Mayon iaitu gunung berapi paling aktif di wilayah Albay. - Bernama

Iklan