Monyet 'cabul' pelancong lelaki

Iklan
Seekor monyet di Kemboja dipercayai mencabul seorang pelancong dari UK. - AFP

PHNOM PENH - Kejadian mengejutkan membabitkan seorang lelaki diserang secara seksual oleh monyet dalam bilik sebuah hotel di Kemboja telah tular di media sosial, lapor Thaiger.

Semasa kejadian, mangsa seorang pelancong United Kingdom (UK) dilaporkan terlupa menutup tingkap bilik hotel, sebelum seekor monyet ekor panjang bertindak membuka seluarnya.

Iklan
Iklan

Sebelum kejadian, mangsa dari UK datang bercuti ke Kemboja bersama rakan-rakannya.

Pada malam itu, dia dikatakan keletihan selepas bersiar-siar dan tidur 'mati' atas katil tanpa menutup tingkap bilik hotel.

Iklan

Rakan-rakannya menceritakan mereka melihat seekor monyet menyelinap masuk dalam bilik ketika sedang tidur dan melakukan seks oral.

Kemudian, mereka menghalau monyet keluar kerana bimbang kawannya digigit haiwan itu.

Iklan

Sebaik sedar daripada tidur, mangsa bergegas menempah tiket balik ke England selepas kawan-kawannya menceritakan sambil menunjukkan gambar dia cabul oleh monyet itu.

Difahamkan, klip video 20 saat dikongsi dalam kumpulan sembang mereka menunjukkan monyet membuat aksi jelik kepada lelaki itu.

"Sebaik sedar dari tidur, dia terus balik ke UK dan tiada siapa berani menahannya," kata salah seorang rakan-rakannya.

Cerita yang disiarkan dalam X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter telah menarik 2.6 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam. - Agensi