Fadillah jambatan Putrajaya dan Borneo
Iklan
MESKI sudah hampir 20 tahun berlalu, saya masih mengingati kata-kata Datuk Seri Fadillah Yusof dalam satu pertemuan bersama wartawan yang bertugas membuat liputan sidang Dewan Rakyat.
Tanpa retorik, katanya jujur - amanat pimpinan utama Sarawak kepada beliau dan rakan-rakan ahli Parlimen dari Bumi Kenyalang adalah untuk bekerja dan menyuarakan perkara yang menyumbang kepada kemajuan serta pembangunan Sarawak.