Projek pembinaan laluan Jambatan Bintulu-Jepak akan membawa perubahan pembangunan yang pesat dan drastik kepada masyarakat setempat yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) setelah projek tersebut siap sepenuhnya nanti.
Jambatan yang merentasi Batang Kemena di Bintulu-Jepak dianggarkan sepanjang 1,048 meter dengan jalan empat lorong dan jambatan yang lengkap dengan jejantas di atas persimpangan trafik Jalan Tun Ahmad Zaidi, Jalan Tun Razak dan Jalan Abang Galau dengan sebuah jalan penghubung yang dianggar sepanjang empat kilometer.
Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara calon GPS Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing pada 4 November ini.