Malaysia kaji hasilkan klon pokok getah secara genomik

Iklan
Fadillah ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Malaysia sedang menjalankan kajian bagi menghasilkan klon pokok getah secara genomik untuk mengawal penyakit akar putih yang boleh menjejaskan tanaman serta produktiviti getah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mempertingkatkan pengeluaran pekebun kecil getah bagi jangka panjang.

Iklan
Iklan

"Prosedur torehan pokok getah secara automatik juga sedang diteliti bagi membangunkan teknik yang baik, sekali gus meningkatkan produktiviti keluaran komoditi berkenaan.

"Kajian ‘single nucleotide polymorphism (SNP) markers' dilaksanakan bagi pembangunan teknologi genomik dan pengenalpastian klon getah untuk klon berkualiti tinggi.

Iklan

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kerajaan melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) terus mempergiat aktiviti promosi untuk produk bernilai tinggi seperti sarung tangan getah industri makanan, telapak tayar, tayar, tilam lateks dan galas getah redaman tinggi untuk meningkatkan nilai eksport negara.

Oleh yang demikian beliau menjelaskan, produk-produk tersebut akan dipromosikan melalui aktiviti promosi di luar negara seperti pameran perdagangan antarabangsa, misi perdagangan dan padanan perniagaan, seminar pendidikan serta pengiklanan.

Iklan

"Aktiviti-aktiviti promosi ini bukan sahaja merangkumi pasaran utama seperti Amerika Syarikat dan Eropah, malah turut meliputi negara-negara berpopulasi tinggi dan berpotensi besar seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Mexico, Brazil, dan Rusia.

"Di peringkat antarabangsa, Malaysia bekerjasama dengan negara-negara pengeluaran getah utama dunia di bawah

kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) dan The Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC) dalam menstabilkan harga melalui langkah pengurusan bekalan dan meningkatkan penggunaan getah asli di kalangan negara pengeluar,” jelasnya.