Kerajaan teruskan penawaran tender terbuka prakelayakan terpilih

Iklan
Ahmad ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan penawaran tender terbuka prakelayakan terpilih supaya projek-projek penting untuk rakyat dapat disegerakan, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, beliau berkata, penapisan terhadap syarikat yang terlibat harus diteliti terlebih dahulu supaya ia boleh dilaksanakan tanpa masalah.

Iklan
Iklan

Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang-PN) mengenai kaedah baharu yang akan diguna pakai dalam projek-projek akan datang.

Terdahulu, Ahmad berkata, keseluruhan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) terdiri daripada 35 pakej dengan 15 pakej sedang dalam pembinaan.

Iklan

Menurutnya, kaedah pelaksanaan bagi baki projek LPB Sabah adalah secara tender terbuka dalam kalangan kontraktor tempatan atau kontraktor Bumiputera atau kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan pembangunan atau Dana Infra.

"Bagi menjamin mutu kualiti projek LPB Sabah, kerajaan akan memastikan kontraktor yang dilantik adalah kontraktor yang berkemampuan dan berkeupayaan melalui garis pemilihan kontraktor yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.

Iklan

"Melalui garis panduan tersebut, penilaian tender akan dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang merangkumi perkara seperti penilaian kewangan, penilaian teknikal, pengalaman syarikat, prestasi kerja semasa dan penarafan bintang sijil Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)," tambahnya. - Bernama