UAE gune ToTok sebagai alat mengintip?

Iklan
Aplikasi tersebut telah dimuat naik jutaan pengguna di Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika.

WASHINGTON - Aplikasi ini dianggap sebagai cara paling mudah untuk berkomunikasi menerusi mesej teks atau video walaupun di negara yang menyekat perkhidmatan mesej popular seperti WhatsApp dan Skype.

Laporan New York Times (NYT) di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan aplikasi ToTok yang dilancarkan awal tahun lalu digunakan sebagai 'alat mengintip' oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Iklan
Iklan

"Ia telah dimuat naik jutaan pengguna menerusi Google dan Apple App Store di Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika. Abu Dhabi cuba untuk mengesan setiap perbualan, pergerakan, hubungan, janji temu, suara dan imej individu yang memuat naik ToTok pada telefon pintar mereka.

"Breej Holdings di belakang ToTok dipercayai sebagai firma utama untuk syarikat risikan siber dan penggodaman, Dark Matter. Ia kini disiasat oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI)," lapor NYT.

Iklan

NYT turut mengaitkan ToTok dengan syarikat kecerdasan buatan (AI), PAX AI yang merupakan firma pengumpulan data berpusat di Abu Dhabi.

Difahamkan, kedua-dua syarikat tersebut telah mengeluarkan aplikasi tersebut pada minggu lalu selepas wartawan NYT menghubungi wakil mereka untuk bertanyakan tentang kaitan ToTok dengan UAE.

Iklan

Pegawai Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) yang melakukan analisis forensik ke atas aplikasi itu mendapati ToTok adalah salinan aplikasi China digelar YeeCall.

Ia menjadi salah satu aplikasi paling banyak dimuat naik di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu walaupun majoriti pengguna ToTok adalah di UAE.

UAE telah diawasi banyak pihak selepas ia didakwa melakukan operasi pengintipan terhadap pengkritiknya dibantu oleh syarikat keselamatan siber dan pakar dari Israel serta AS.

Sebelum ini, terdapat laporan yang membongkar tentang aktiviti bekas pegawai NSA dan veteran perisik elit AS yang membantu Abu Dhabi dalam sebuah program sulit yang menyasarkan 'pengganas', aktivis hak asasi manusia, wartawan dan puak pembangkang. - Agensi