Latihan OSR Jabatan Laut Malaysia

Iklan

LABUAN, 26 Okt -- Kru Jabatan Laut Malaysia Labuan menggunakan peralatan 'offshore oil booms' ketika melaksanakan Latihan Mengawal Tumpahan Minyak (OSR) dan Bahan Berbahaya (HNS) 2023 di kawasan perairan Labuan hari ini.

Latihan itu adalah sebagai langkah penting untuk meningkatkan kemahiran operasi keselamatan dalam mengendalikan tumpahan minyak dan bahan berbahaya serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan respons Labuan dalam menghadapi potensi kecemasan alam sekitar.

Iklan
Iklan

Sebanyak 14 agensi kerajaan dan swasta melibatkan 50 peserta antaranya terdiri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Marin, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan Perbadanan Labuan (PL) terlibat pada operasi latihan kali ini. - Foto Bernama