Dana HRD Corp: PAC panggil Sivakumar beri keterangan

Iklan
Mas Ermieyati mengadakan sidang media ketika menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Menteri Sumber Manusia, V Sivakumaar bagi mendapatkan keterangan berhubung pengurusan dana latihan dan keberkesanan Program Latihan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Ahli Parlimen Batu Gajah itu akan dipanggil dalam dua lagi prosiding yang diadakan pada 1 dan 2 November depan.

Iklan
Iklan

"Keputusan memanggil kedua-dua saksi ini disebabkan nama mereka disebut dalam prosiding pertama dan untuk berlaku adil kepada mereka.

"Sehubungan itu saya mohon supaya saksi-saksi berkenaan hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Iklan

Sebagai rekod, PAC telah memulakan prosiding berhubung pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan oleh HRD Corp setelah ia tidak dilaporkan dalam Laporan Audit Ketua Audit Negara (LKAN).

Walaupun isu berkenaan tidak dilaporkan oleh LKAN, PAC menggunakan punca kuasanya untuk memulakan prosidingnya.

Iklan

Sebelum ini, jawatankuasa itu pada 23 Oktober telah memanggil Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amran Ahmad dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood pada prosiding pertama.

Sementara dalam satu perkembangan lain, Mas Ermieyati yang juga ahli parlimen Tangga Batu berkata, PAC kini dalam proses penyediaan laporan berhubung kemajuan projek pembangunan kapal peronda generasi kedua Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah Kementerian Pertahanan.

Beliau memkalumkan, PAC kini sedang memuktamadkan laporan bagi tempoh Jun hingga September 2023.

"Kita jangkakan laporan berkenaan akan dapat dibentangkan dalam mesyuarat kali ini," katanya.