Isu penyelarasan pencen ATM, tunggu keputusan mahkamah

Iklan
Mohamad menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada penerima.

PORT DICKSON - Kerajaan hanya dapat menyelesaikan isu penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) sebaik saja memperoleh keputusan mahkamah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun pihaknya telah menghantar kertas cadangan mengenai perkara berkenaan bagi perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.

Iklan
Iklan

"Tetapi disebabkan adanya anggota tentera yang membawa kes(isu penyelarasan pencen) ini di mahkamah, maka saya tak boleh nak kata setakat mana(ia dibincangkan), apa rancangan dan apa yang kita buat sehinggalah keputusan mahkamah nanti dibuat.

"Kita akan membuat apa jua rancangan dan keputusan berasaskan kepada keputusan mahkamah," katanya pada sidang akhbar selepas hadir Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan PVATM yang mahu menghantar memorandum memohon pelarasan pencen veteran ATM kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, jelas Mohamad, beliau tidak pasti bila kes itu akan selesai kerana itu di luar bidang kuasa kementeriannya.

Iklan
Mohamad menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada penerima.

"Saya yakin bahawa kerajaan akan meneliti dan menilai perkara ini dengan baik.

"Tapi seperti mana yang saya kata tadi, saya tak boleh nak cakap apa, nanti subjudis kepada proses mahkamah," katanya.

Sebelum ini juga media melaporkan, JPA akan menyemak semula perbezaan amaun pencen antara veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan yang bersara mulai 1 Januari 2013.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang memaklumkan, pegawai awam bersara sebelum 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 dan pegawai awam yang bersara mulai 2013 pula, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, seramai 536 veteran di Negeri Sembilan dan Melaka telah menerima anugerah Pingat Jasa Malaysia.