Hantar tentera ke Palestin, Malaysia tunggu keputusan PBB - Tok Mat

Iklan
Mohamad Hasan (kanan) - Foto Bernama

PORT DICKSON - Malaysia akan menilai keperluan menghantar pasukan tentera ke Palestin selepas mempertimbangkan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai negara di bawah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan anggota PBB, Malaysia tidak mahu mengambil tindakan secara bersendirian.

Iklan
Iklan

"Kita dah ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai yang masih bertugas di Somalia atau pun di negara-negara Afrika.

"Jadi sebagai negara yang menyertai misi pengaman PBB, kita akan tunggu dan kita akan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu ke Malaysia menyertai tentera pengaman ini atau pun tidak," katanya pada sidang akhbar selepas hadir Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab persoalan Malaysia tidak menghantar bantuan ketenteraan ke Palestin.

Justeru itu katanya, kerajaan tidak akan tergesa-gesa menghantar pasukan tentera ke Palestin.

Iklan

Sebelum itu media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya Malaysia enggan menghantar pasukan tentera bagi membantu Palestin yang kini sedang berperang dengan Israel.

Beliau menegaskan, keputusan untuk menghantar pasukan tentera bukan boleh dibuat dengan mudah kerana ia perlu mendapat persetujuan negara-negara jiran Palestin.

Dalam pada itu Mohamad dalam ucapannya berkata, secara dasarnya akan ada pertukaran pasukan MALBATT 850-10 yang menyertai misi United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) bermula 2 Oktober ini.

"Kita akan meneruskan program pertukaran tersebut tapi kali ini ada 8 rejimen akan menggantikan anggota di sana," katanya.