[VIDEO] Arwah sempat minta doakan keputusan baik percubaan SPM - Kakak

Iklan

BATU PAHAT - Kematian pelajar Tingkatan Lima, Shahrunizam Mohd Shamsul, 17, akibat nahas jalan raya dengan sebuah lori di Kilometer 13.5 Jalan Batu Pahat- Kluang pada Rabu, merupakan kehilangan besar kepada keluarganya.

Kakak mangsa, Rifa Nur Hana, 20, berkata, arwah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gading sempat meminta agar mendoakannya mendapat keputusan yang baik dalam percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada minggu hadapan ketika dihubungi pada malam Selasa.

Iklan
Iklan

"Dia (arwah) kerap menghubungi saya setelah saya berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 13 Oktober lalu.

"Kami sangat rapat, seperti biasa sering bergurau, adik juga ada meminta saya untuk balik kerana rindu.

Iklan

"'Bila akak nak balik, tak rindu abang ke? Abang juga nak akak doakan saya dapat keputusan yang baik dalam percubaan (SPM) minggu depan nanti'. Itulah antara perbualan terakhir kami,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Gading di sini pada Khamis.

Gambar kenangan keluarga bersama Shahrunizam (belakang, kanan) ketika Aidilfitri lalu.

Sementara ibunya, Siti Shalwani Kamaruddin, 42, pula berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu yang mesra dipanggil abang merupakan seorang yang ringan tulang membantu di gerai selepas waktu sekolah.

Iklan

"Suami, Mohd Shamsul Mohamed, 47, ada buka gerai pisang goreng tidak jauh dari rumah, abang akan tolong di gerai.

"Abang juga kerap bantu saya kupas kulit kentang untuk buat inti karipap.

Dari kanan, Mohd Shamsul, Rifa Nur Hana dan Siti Shalwani menunjukkan gambar keluarga bersama Shahrunizam ketika Aidilfitri lalu.

"Abang cukup minat seni dan sentiasa hadir ke sekolah.

"Dia ada beritahu cita-citanya hendak kerja di Dubai," katanya.

Dalam kejadian, pada jam 7.20 pagi Rabu, mangsa maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lori yang membuat pusingan U.

Siti Shalwani tidak dapat menahan sebak ketika menerima kunjungan guru di rumahnya di Taman Sri Gading pada Khamis.

Pemandu lori berusia 33 tahun itu direman selema empat hari bermula Khamis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil saringan awal air kencing pemandu lori itu didapati negatif dadah.