Perak FC jalin kerjasama dengan pendahulu Liga Indonesia

Iklan
Roy Ho (dua dari kiri) menyampaikan replika jersi Perak FC sebagai cenderahati kepada Nabil Husein selepas menandatangani MoU kerjasama di antara Perak FC dengan Borneo FC Samarinda di Ibu Pejabat XOX Berhad di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto PERAK FC

PERAK FC mengorak langkah ke hadapan apabila merintis kerjasama dengan pendahulu Liga 1 Indonesia, Borneo FC Samarinda dalam usaha meningkat kualiti bola sepak di rantau ini.

Kerjasama yang dijalin itu meliputi pelbagai usahasama termasuklah mengadakan perlawanan persahabatan timbal balik di kedua-dua negara selain mempromosikan budaya semangat kesukanan di antara kedua-dua kelab berkenaan.

Iklan
Iklan

Selain itu, mereka juga akan meneroka peluang bersama melibatkan pengiklanan, penajaan, kempen pemasaran dan jualan produk untuk memaksimumkan pendapatan kelab.

Selain itu juga, mereka turut berkolaborasi menerusi program pembangunan pemain muda bagi melahirkan lebih ramai bakat-bakat berkualiti.

Iklan

Pengarah Urusan Perak FC, Roy Ho berkata, perkongsian tersebut membawa semangat penyatuan dan perkongsian bersama.

Jelasnya, Perak FC amat berbesar hati kerana kerana Borneo FC Samarinda sudi menyambut kerjasama berkenaan.

Iklan

"Borneo FC Samarinda kini memimpin Liga 1 dan kita berharap satu hari nanti Perak FC juga berjaya seperti mereka.

"Kita juga yakin kerjasama ini akan memberikan pencapaian yang signifikan sama ada dalam mahu pun di luar padang, dan kami berharap ia dapat memberikan satu pengalaman akan diingati peminat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu, pemilik Borneo FC Samarinda, Nabil Husein Said Amin berkata, kerjasama yang dijalin dengan Perak FC akan menjadi pemangkin kepada perubahan dalam bola sepak di Malaysia dan Indonsia.

"Ia membawa kedua-dua kelab ini bersama berkongsi semangat kesukanan dan komitmen melahirkan bakat muda.

"Kami sangat teruja untuk meneruskan pengembaraan ini bersama-sama," katanya lagi.

Majlis menantangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Perak FC dengan Borneo FC Samarinda itu disempurnakan di Ibu Pejabat XOX Berhad di ibu negara pada Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan, perlawanan persahabatan pertama di antara kedua-dua pasukan dijadual berlangsung pada 18 November depan di di Stadion Segiri, Samarinda manakala perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Perak di Ipoh pada awal tahun depan yang akan menjadi sebahagian daripada jadual perlawanan persahabatan pramusim Perak FC.